AA's blog

Adrina Adie

Asal Usul Nama Negeri Sembilan.


Nama Negeri Sembilan pada asalnya diambil dari sembilan daerah dan dibakukan menjadi Negeri Sembilan. Pada masa kini tinggal tujuh.

Daerah Negeri Sembilan kini.

1.Jelebu (جلبو)
2.Jempol (جمڨول)
3.Seremban (سرمبن)
4.Kuala Pilah (كوالا ڨيله)
5.Rembau (رمباو)
6.Port Dickson (ڨورت ديكسون)
7.Tampin (تمڨين)

9 Daerah Negeri Sembilan dahulu :

1.Jelebu (جلبو)
2.Inas (اينس)
3.Johol (جوهول)
4.Rembau (رمباو)
5.Sungai Ujong (سوڠاي اوجوڠ)
6.Tampin (تمڨين)
7.Jempol (جمڨول)
8.Ulu Muar (اولو موار)
9.Gunung Pasir (ݢونوڠ ڤاسير)

Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu
 
Daerah Negeri Sembila masa dahulu yang kini telah menjadi sebahagian daripada daerah negeri lain ialah Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor,Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau,Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang,dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor. 

Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding Negeri Sembilan yang asal.

Naning pada ketika kegemilangannya menjadi pusat pergerakan pemberontakan Melayu terhadap pemerintah dan sistem residen British.

Kerana kecenderungannya menjadi pusat perkembangan ideologi melawan British pada masa itu, contohnya penentangan oleh Dol Said dan pahlawan2nya, Naning dikeluarkan dari kawalan dan jajahan Negeri Sembilan, dan diletakkan di dalam Melaka.

Melaka ketika itu adalah dibawah pentadbiran Negeri2 Selat, dimana kekuatan ketenteraan dan infra militarinya lebih canggih berbanding Negeri2 Melayu Bersekutu, termasuk NS.

Mudah mereka mengawal aktiviti subversif dan amalan pecah perintah. Senang nak gagalkan ancaman pemberontakan.

 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info