AA's blog

Adrina Adie

Kisah Bayi di Tinggalkan di Masjid BCH, Rawang


Rawang: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui selamat di dalam bungkusan beg kertas Vincci yang ditinggalkan di atas hud kereta di Masjid An Nur (Cahaya Iman) Bandar Country Homes, Rawang, 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi terbabit ditemui seorang lelaki berusia 64 tahun selepas menunaikan solat Isyak sebelum memaklumkan kepada jemaah masjid berhubung penemuan bayi berkenaan.

"Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat dan selamat sebelum ianya dibawa lelaki terbabit yang juga pesara polis ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi pihak media.

Beliau berkata, siasatan awal tidak menemui saksi yang melihat bayi terbabit ditinggalkan di atas hud kereta dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran.

Ali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Bayi ini telah diberikan nama Mohd Nur Iman oleh jemaah masjid sempena nama Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes. Ramai juga yang tampil untuk menjaga bayi ini. Walau bagaimana sekalipun, kes ini masih dalam siasatan pihak polis.






Related Post

  • Pusat 3S Toyota di Rawang sudah beroperasiRawang - Salah satu pengedar bagi UMW Toyota Motor (UMWT), iaitu UMW Toyotsu Motors Sdn. Bhd. telah merasmikan pusat 3S …
  • Jalan Pintasan RawangBerikut adalah beberapa gambar jalan pintasan rawang-serendah yang kini masih dalam pembinaan. Apabila siap kelak, …
  • Restoran Steamboat dan Grill Terbaik di RawangOsaka steamboat - memang rugi kalau tak cuba. Nama aje Osaka tapi bukan di Jepun pun, cuma di Rawang je. Restoran steamb…
  • Sejarah RawangMakna RawangRawang ialah bandar di daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Ia merupakan ibu daerah Gombak sehingga 1997. Seja…
  • Best Chinese Food In RawangChinese Rawang residence basically know the famous steamed Talapia fish restaurant in Rawang. Most of them know the rest…
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By Catatan Info