Bagaimana cara nak turunkan berat badan.?
Inilah soalan sentiasa menghantui kita walaupun sudah cuba banyak cara berat badan tetap tidak turun-turun. Sebenarnya cukup mudah untuk turunkan berat badan perempuan mahupun lelaki.
Tahu kah anda?.
Berat badan yang berlebihan selalunya akan membawa kepada pelbagai penyakit terutamanya darah tinggi dan kencing manis. Bagi wanita pula, badan yang kurus dan langsing menjadi idaman supaya kekal cantik dan sihat. Berikut antara petua kuruskan badan yang boleh diamalkan.
Amalan meminum teh hijau
Jika anda mempunyai disiplin yang tinggi dan sukakan yogurt, cuba amalkan petua ini. Sediakan satu sudu kecil serbuk teh dan setengah cawan yogurt (boleh juga digunakan susu yakult). Masukkan teh ke dalam gelas, tuangkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga semuanya sebati. Jadikan amalan ini sebagai minuman kegemaran anda setiap kali selepas makan.
Amalan minum air limau nipis
Jika dirasakan hendak menyediakan teh hijau sukar buat anda. Cuba pula cara ini. Sediakan dua biji limau nipis. Perah airnya ke dalam gelas dan tambah air sejuk. Kacau seketika dan bolehlah terus diminum. Seeloknya sediakan stok bancuhan anda sebanyak mungkin dan simpan di dalam peti sejuk. Jadikan minuman harian setiap kali selepas makan tengahari dan malam. Kebanyakkan orang yang mengamalkannya dengan disertai sedikit senaman akan mengalami penurunan berat badan 3 hingga empat minggu diamalkan.
Tips kurangkan berat badan
Setiap impian memerlukan keazaman, usaha dan disiplin. Ada pula segelintir yang mahukan cara menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah seperti mengamalkan mengambil pil atau ramuan minuman bercampur capuran yang berbahaya seperti yang dilaporkan di akhbar. Silap haribulan, berat badan tak turun, otak pula jadi biol. Jadi, jangan sesekali-kali cuba cara sedemikian. InsyaAllah, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, anda akan mendapat berat badan yang ideal dan badan yang langsing seperti diinginkan.
Apa yang penting, jangan lupa matlamat anda iaitu kurangkan berat badan, usah yang sistematik dan disiplin. Sistematik dan berdisiplin maksudnya buat perancangan seperti oelan pemakanan, senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, sasaran berat badan yang perlu diturunkan dalam masa tempoh sebulan, tiga bulan, 6 bulan dan seterusnya. Sasaran tu biarlah praktikal dan jangan pula terlalu mudah seperti setengah kilo dalam setahun. Mak aaiiiii...! Penatlah macam tu.. buat mengabiskan beras je. Biar logik sikit okey.
Ada baiknya, amalkan juga cara ini. Makan hanya 3 kali sehari iaitu:
Sarapan ( biar banyak untuk tenaga seharian), tengahari (sedikit je, setengah pinggan nasi contohnya), dan malam (secubit je.. ataupun sepotong roti). Lebih elok, kalau nak cepat kurus, makan biar lapar dan berhenti sebelum kenyang. Tapi pastikan menu makanan itu kategori yang memberi tenaga bukan memuaskan nafsu makan tuh.
Sebaiknya amalkan minum air kosong banyak-banyak!. Air akan melancarkan perjalanan darah dan turut membantu memberi tenaga gantian. Biasanya bila dah minum banyak air, perut tidak akan berasa terlalu lapar, jadi mudahlah untuk anda mengamalkan makan 3 kali sehari kan....
Pengalaman AA sendiri, AA ada kenal seorang amoi sekadar kawan sahaja nama panggilan 'baby'. Kenapa AA panggil dia baby?. Sebab dia comel dan berbadan besar macam baby, yela baby mana ada yang keluar dari perut terus dapat bentuk badan ideal kan. Nak pendekkan cerita baru-baru ni AAterserempak dengan dia dah lama tak jumpa kan, wah bukan kemain ramping sekarang tak cam ingat amoi mana pula yang tegur ni. Ceh hesem sangat ke aku?.. comel mungkin.
AA try la usha macamana dia boleh 'transform' dari dulu besar sekarang kurus. So AA nak sharing skit dengan korang, dia tak makan apa-apa pil pun sebenarnya dia hanya amalkan memakan epal hijau. Senang je cara dia korang pi cari epal hijau jangan yang size besar cari yang size kecil, sebab epal kecil lagi masam. Bila korang lapar korang gigit epal tu, makan je epal tu. Kalau bosan pun gigit je epal tu dan amalkan selalu. IsnyaAllah korang akan dapat bentuk badan yang diidamkan tu.
Nak tanya apa-apa soalan berkenaan cara mudah kuruskan badan boleh bertanya di ruangan komen dibawah. Semoga apa yang AA kongsikan pada hari ini memberi manfaat penyelesaian masalah berkaitan berat badan anda.
Terima kasih kepada yang tinggalkan komen