AA's blog

Adrina Adie

7 Kesilapan Menulis Resume

Resume ke Tong Sampah

Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu anda dengan menyenaraikan 7 kesilapan utama yang sudah mulai serius di kalangan pemohon pekerjaan. Oleh itu, sebelum ianya menjadi lebih teruk, anda perlu membaca dan menghindari 7kesilapan utama ini. jika tidak, resume anda bakal dihumban ke dalam longkang.

1-Tiada Cover Letter

Jangan malas. Cover Letter perlu diletakkan dalam emel dan attachkan dalam emel juga.
Anda inginkan gaji yang tinggi, jadi kenapa perlu takut berkorban masa 5 minit anda untuk sediakan cover letter?

2-Terlalu Ringkas/Terlalu Panjang

Besederhana lebih baik. Pengalaman saya, graduan lelaki gemar membuat resume terlalu pendek dan graduan wanita meleret-leret pula resumenya.

3-Tiada nyatakan kelebihan diri

Sekadar hantar resume dengan pointer yang tinggi. Majikan menerima lebih 50 resume dan mengapa harus dia menemuduga mereka yang tiada kelebihan dalam resume? Nyatakan dengan bangga kelebihan anda, tidak perlu merendah diri, sedangkan Allah itu adil untuk hamba-Nya

4-Gambar tidak menarik

Jauhi gambar selfie anda. Ambil gambar profesional.

5-Emel/No contact yang salah

Sebagai fresh graduate, mungkin anda tidak biasa menggunakan emel sebagai aktiviti harian sehingga anda terlupa emel anda sendiri sehingga majikan atau HR sukar menghubungi anda.

6-Tiada rujukan

Rujukan ini perlu. Tidak susah pon. Anda boleh letak pensyarah anda sebagai rujukan.

7-Tidak match kan resume anda dengan permintaan majikan

Baca requirement dulu sebelum menghantar resume ya..


Kesalahan ini memungkinkan anda terlepas peluang menikmati gaji RM2500-RM3500 anda. Ilmu bukannya sekadar pointer.

Mendapatkan ILMU perlu bijak. Mendapatkan panduan yang betul dalam sesuatu perkara melonjakkan keberjayaan anda sehingga 200%.

Ini juga adalah sebab mengapa ada daripadanya masih menganggur atau masih belum dapat
panggilan interview kerjaya yang diidamkan.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info