AA's blog

Adrina Adie

Ringgit cecah RM4.45 berbanding dolar AS


Ringgit melepasi nilai RM4.45 berbanding dolar AS dalam dagangan awal Selasa dipacu kegusaran terhadap ketidakstabilan China dan ekonomi serantau.

Pada jam 9 pagi, ringgit jatuh kepada 4.4600/4690 berbanding dolar AS, berbanding 4.4160/4240 pada jam 5 petang semalam.

Unit tempatan itu mencecah paras terendah 17 tahun pada Isnin selepas pelabur asing terus melepaskan ringgit.

Ringgit turut didagang rendah berbanding mata wang utama lain antaranya dolar Singapura pada 3.1130/1204 berbanding 3.0916/0976 pada Isnin.

Ringgit turut didagang rendah berbanding mata wang yen pada 3.7269/7768 berbanding 3.67238/7382 pada Isnin.

Nilai ringgit turut rendah berbanding euro pada 5.0157/0263, berbanding 4.9371/9569 pada Isnin, serta lemah berbanding pound pada 6.7627/7768.

Sementara itu, saham di Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini susulan kelemahan permintaan yang dipengaruhi prestasi rendah Bursa Asia dalam tempoh tiga minggu.

Pada pembukaan pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI ) jatuh 5.87 mata kepada 1602.56
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info