AA's blog

Adrina Adie

Resepi Padprik Ayam

Bahan-bahan

(Untuk 4-5 orang )

  • isi ayam -ikut suka byk mne pun,agak2 la...(direbus)
  • 1/2 inchi halia (diracik halus)
  • 3 ulas bawang merah (diracik halus2)
  • 1 batang serai (di ketuk)
  • 4 sudu cili boh
  • 5 helai daun limau purut (disiat2)
  • 6-7 biji cili padi (diketuk)
  • Kubis bunga
  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Kicap Cap Kipas Udang
  • Sos tiram
  • Garam 

Cara-cara

Mula sekali, isi ayam hendaklah direbus dengan kuantiti air yang sederhana untuk mendapatkan stok yang sederhana pekat. (Tak perlu direbus terlalu lama)

Kemudian tumis halia, bawang merah,serai sehingga garing dan berbau harum.

Masukkan pula cili boh. Kacau hingga wangi lepas itu masukkan kicap, garam , secukup2 rasa.

Masukkan pula isi ayam yang telah direbus ; juga stok ayam ke dalam bahan yg telah ditumis tadi. (Kalau suka kuah pekat campur dgn tepung jagung)

Kacau dan biarkan selama 2 minit. ( isi ayam boleh digantikan dgn udang@sotong bagi yg meminati seafood.)

Selepas itu masukkan pula daun limau, cili padi, kubis bunga,kacang panjang & carrot. Kacau sehingga bau & rasanya sebati.

Akhir sekali, barulah dimasukkan sos tiram.


dan siap!
selamat mencuba
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info