AA's blog

Adrina Adie

Bekas MB Selangor Abdul Khalid dipelawa sertai PAS

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR, telah dipelawa oleh PAS untuk menyertai parti itu.

Bagaimanapun, katanya beliau belum menimbangkan tawaran itu kerana masih ada perkara untuk diselesaikan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Beliau berpendapat berlaku ketidakadilan berhubung pemecatannya daripada PKR.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor seperti diputuskan oleh parti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 anjuran PAS Terengganu di Pulau Serai sebelum ini. Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info