AA's blog

Adrina Adie

Pengarah Urusan Les Copaque nafi minuman Upin & Ipin mengandungi dadah


SHAH ALAM: Les Copaque Production Sdn Bhd hari ini mengesahkan bahawa air minuman jenama Upin & Ipin keluaran syarikat itu selamat diminum.

Pengarah Urusan syarikat itu, Burhanuddin Md Radzi berkata ia amat mendukacitakan apabila ada pihak yang menghebahkan perkara itu dalam laman media sosial dengan mengatakan syarikat itu menjual air minuman Upin & Ipin yang mengandungi dadah.

“Memang terdapat satu sindiket yang mengedarkan ketamin dalam bentuk air, dalam botol air Upin dan Ipin.

“Sindiket ini telah ditumpaskan oleh pihak polis dan polis sudah pun membuat sidang akhbar mengenai perkara itu. Itu jelas, air yang dimasukkan dadah itu hanya dijual untuk penagih-penagih sahaja dan tentulah air ini tidak dijual di pasaran.

“Yang amat mendukacitakan kami ada orang membuat berita yang dimuatkan dalam internet mengatakan kami menjual air Upin & Ipin dengan dadah dan merbahaya untuk anak mereka,” katanya semasa satu sidang media di sini, hari ini.

Burhanuddin berkata pihak polis telah pun datang ke restorannya dan mengambil sampel air minuman Upin & Ipin.

“Pihak polis tjuga elah mengesahkan memang tiada dadah dalam minuman itu.

“Semua air-air kami ini diperbuat daripada kilang yang membuat air ini dan diedarkan oleh pengedar tunggal kita ke seluruh negara dan ia tidak tercemar.

“Yang ditangkap oleh polis itu yang digunakan oleh penagih dadah ialah semua botol-botol yang telah digunakan dan digunakan balik. Jadi, kita punya air ini dijamin tiada mempunyai dadah,” katanya lagi.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info