AA's blog

Adrina Adie

2 Petua Efektif Untuk Membersihkan Oven


Setelah berbulan-bulan memanggang ayam dan steak, membakar kek dan biskut, oven anda pastinya akan menjadi sangat kotor.

Tompokan lemak dan sisa makanan yang hangus telah menjadi arang, dan menyebabkan aroma yang tidak sedap semasa anda menggunakannya untuk memasak. Sekiranya anda terus membiarkan oven anda dilapisi karbon, anda akan mengambil risiko yang sangat besar terutama kepada permasalahan makanan tercemar, dan ia boleh menjadi penyebab kepada kebakaran.

Berikut adalah 2 petua untuk membersihkan oven supaya kembali bersinar. Petua kedua (ammonia) adalah lebih efektif. Namun sekiranya sukar untuk anda memperolehi ammonia, bolehlah gunakan kaedah pertama (baking soda).

1. Petua Membersih Oven Dengan Baking Soda

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membersihkan oven dengan kaedah ini adalah:
  • 3 sudu besar Baking Soda (Soda Bikarbonat)
  • 1/4 cawan cuka
  • 1/8 cawan sabun pencuci pinggan
  • 2 cawan air panas
  • 1/2 cawan Baking Soda (tambahan)

Kaedah membersih oven menggunakan baking soda:

  • Satukan kesemua bahan, kecuali 1/2 cawan Baking Soda tambahan, ke dalam botol spray. Goncang sebati.
  • Spraykan ke seluruh permukaan dalaman oven anda.
  • Taburkan 1/2 cawan baking soda tambahan tadi ke atas permukaan yang telah dispray tadi.
  • Sray cecair pencuci tadi sekali lagi ke atas permukaan yang telah ditabur dengan lebihan baking soda tadi.
  • Biarkan semalaman.
  • Keesokannya, sapu dan lap menggunakan span atau kain dengan air sabun yang suam.
  • Ulangi mengelap beberapa kali sehingga bersih.
  • Akhiri dengan menggunakan kain dan air bersih.
  • Lap dengan kain kering yang bersih.

2. Petua Membersih Oven Dengan Ammonia

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membersihkan oven dengan kaedah ini adalah:


  • 1 ke 2 cawan Ammonia
  • 2 cawan air panas mendidih
  • sedikit Baking Soda

Kaedah membersih oven menggunakan ammonia:


  • Panaskan oven ke 90ºC. Apabila suhu mencapai 90ºC, matikan oven.
  • Masukkan ammonia ke dalam mangkuk/bekas selamat oven dan letakkan ke rak bahagian atas oven.
  • Masukkan air panas mendidih ke dalam satu lagi mangkuk/bekas selamat oven dan letakkan ke rak bahagian bawah oven.
  • Biarkan semalaman.
  • Keesokannya, keluarkan kedua-dua mangkuk.
  • Celupkan span atau kain dengan air suam, tabur baking soda pada span, dan lap permukaan dalam oven sehingga bersih.
  • Akhiri dengan menggunakan kain dan air bersih.
  • Lap dengan kain kering yang bersih.


Peringatan:

  • Jangan guna kedah ini sekiranya anda menggunakan jenis gas oven.
  • Jangan menghidu ammonia!
  • Dinasihatkan memakai mask keselamatan untuk menutup hidung.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info