MyTeksi kini buka 6,000 peluang pekerjaan kepada kakitangan MAS
Aplikasi untuk menempah teksi, MyTeksi kini membuka peluang pekerjaan kepada 6,000 pekerja Malaysian Airlines (MAS) yang mungkin diberhentikan kerja mulai 1 Jun.
Melalui satu kenyataan yang diedarkan di Facebook, My Teksi mengalukan semua pekerja MAS yang akan terjejas untuk menyertai syarikat mereka.
"Teman-teman di Malaysia Airlines, dalam menempuhi masa yang sukar ini, MyTeksi ingin membantu sesama rakyat Malaysia. Kami mahu menghulurkan tangan kami dengan mengajak anda semua menyertai keluarga besar kami,” kata MyTeksi melalui akaun Facebook mereka.