AA's blog

Adrina Adie

7 Sebab Mengapa Menangis Itu Baik


Air mata mengalir seringkali dianggap sebagai kelemahan, atau menunjukkan aib di hadapan orang lain. Orang yang menangis pun kerap kita anggap sebagai orang yang mudah terharu, lemah dan penakut. Padahal, menangis adalah baik untuk kesihatan, perasaan, dan kehidupan sekaligus. Apa manfaat menangis? Mari baca satu-persatu:

1. Air Mata Membantu Penglihatan. Dapat Melihat Dengan Lebih Jernih

Kita patut rasa bersyukur masih mampu mengeluarkan air mata, kerana air mata membuatkan kita melihat. Beberapa fungsi air mata adalah melincirkan mata kita, serta mencegahnya agar tidak kering. Ingin tahu rasa sakit jika tiada air mata di mata? Cuba tak kedipkan selama satu minit, dan terus terang katakan bagaimana rasanya. Mata yang kering sememangnya tidak selesa dan terasa pedih. Jika berkepanjangan, mata boleh menjadi buta.

2. Air Mata Adalah Senjata. Senjata Perang Melawan Bakteria dalam Mata

Tahukah anda bahawa air mata mengandungi lysozyme, anti bakteria yang mampu membunuh 90-95% bakteria pada mata hanya dalam waktu 10 minit? Jika air mata kita tidak mengandungi lysozyme, dengan bakteria yang selama ini ada di sekitar kita berkemungkinan boleh menyebabkan selsema dan sakit perut selama 3 bulan dan tidak sembuh-sembuh.

3. Menangis Mengeluarkan Racun Dalam Tubuh

Kajian selama bertahun-tahun yang dilakukan oleh seorang ahli biokimia, William Frey, menyimpulkan bahawa air mata yang kita keluarkan ketika emosi seperti sedih atau stres adalah berbeza dengan air mata yang kita keluarkan ketika kerengsaan mata yang sederhana. Bezanya? Air mata yang kita keluarkan ketika emosi mengandungi racun yang tiada pada air mata kita ketika mengalami kerengsaan mata. Tidaklah bererti air mata kita beracun tetapi membuktikan bahawa air mata mampu membantu proses detoksifikasi badan.

4. Menangis Memperbaiki Perasaan

Tahukah anda badan mengandung unsur Mangan? Unsur kimia bernombor 25 jika dalam kadar berlebihan mempengaruhi buruk pada badan. Pengaruh buruk ini membuatkan anda rasa gelisah, sensitif dan marah, cepat penat dan gangguan emosi lain. Jika anda bad mood hari ini, mungkin paras Mangan dalam tubuh adalah berlebihan. Apa kaitan kadar Mangan tubuh dengan menangis? Menangis adalah cara yang paling berkesan untuk menurunkan kadar Mangan yang ada pada badan. Proses dikenali sebagai detoksifikasi badan yang telah dibincangkan di atas.

5. Menangis Membuat Rasa Lebih Tenang

Tidak perlu bagi kita menahan air mata ketika sedang stres. Menangislah, keluarkan air mata. Air mata yang terhasil ketika kita menangis mampu menghilangkan hormon-hormon stres yang dilepaskan oleh badan ketika sedang stres.

6. Menangis Membantu Melegakan Perasaan

Anda pasti setuju jika disimpulkan hidup ini tidak lekang tanpa masalah? Ya, hidup ini ada pasang-surutnya. Kadang-kadang, masalah wujud ketika kita tanpa sedar mempunyai perasaan negatif dari kedukaan dalam diri kita.

Perasaan negatif (sedih, marah, kecewa, dsb.) ini tersimpan di dalam sistem limbic otak (bahagian otak yang berhubung dengan memori, emosi, motivasi, dan lain-lain) dan bahagian tertentu dari hati kita. Emosi ini akan mengganggu kesihatan kita jika terlalu lama disimpan. Dengan menangis kita mampu untuk mengeluarkan dan menghilangkan perasaan negatif ini, sehingga membuatkan kita lebih positif dan lebih bahagia dalam hidup.

7. Orang Yang Pernah Melihat Anda Menangis Rasa Lebih Dekat Dengan Diri Kita. Menangis Adalah Tali Silaturahim Yang Terjalin Murni dari Emosi

Walaupun kelihatan agak janggal, bukan senang nak menangis bukan? (Lebih-lebih lagi lelaki.. acah-acah sado konon.. haha) Apatah lagi di hadapan orang lain yang tidak anda kenali. Ini bermakna, kamu hanya mampu menangis di hadapan orang yang akrab dan rapat denganmu, begitu juga sebaliknya, kamu turut rasa lebih dekat dengan orang yang melihatmu menangis. Hujah ini juga diperkuat dengan tulisan Ashley Montagu di dalam majalah Science Digest, yang menyebut bahawa menangis itu tidak hanya berguna pada kesihatan, tapi juga berguna untuk membangunkan hubungan yang lebih dekat dengan orang lain. Kamu akan merasa lebih dikasihi dan merasa lebih dekat dengan teman yang pernah menangis di hadapanmu (terutamanya, pasangan).

Jadi, ada alasan lagi untuk menahan air mata dan rasa malu ketika menangis?
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info