AA's blog

Adrina Adie

Xiaomi perkenalkan Ninebot Mini, skuter imbangan sendiri


Selapas kejayaannya dalam dunia teknologi telefon pintar, Xiaomi melebarkan keupayaan teknologi miliknya dengan mengeluarkan pelbagai produk lain.

Jika sebelum ini Xiaomi dikhabarkan bakal mengeluarkan laptop serta permainan video, kini Xiaomi memperkenalkan skuter imbangan (self balancing) berukuran kecil dikenali sebagai Ninebot Mini. Skuter ini hasil kerjasama antara Xiaomi dan Ninebot.

Ninebot sendiri adalah syarikat yang banyak mendapat suntikan dana pelaburan daripada Xiaomi. Walaupun rekaannya tiada keistimewaan, sama seperti skuter yang lain, daripada segi harga, skuter ini bakal dijual dengan harga yang rendah berbanding jenama lain.

Untuk menggerakkan rodanya, Ninebot Mini dikuasakan oleh sebuah bateri yang mampu bergerak sejauh 22 kilometer. Sementara kelajuannya pula boleh mencapai hingga 16 kilometer sejam dan dapat menempuh jalan dengan sudut condong hingga 15 darjah.

Berat Ninebot Mini ini hanya 12.8 kilogram dengan ukuran yang tidak terlalu besar sehingga boleh dimasukkan ke dalam but kereta. Satu lagi keistimewaannya adalah ia mempunyai perisian terbaru, hingga pengguna dapat mengawal kelajuan menerusi telefon pintar.

 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info