AA's blog

Adrina Adie

iOS 9.1, perkenal emoji 'middle finger'


Apple telah melancarkan iOS 9.1 pada 22 Oktober yang lalu, versi terbaru sistem operasi mudah alih kepada semua pengguna iPhone, iPad atau iPod.

Perisian ini memperkenalkan beberapa ciri-ciri baharu, dan antara ciri yang menarik perhatian pengguna ialah penambahan 150 emoji baru termasuk emoji jari tengah atau ‘middle finger’.


Selain itu, iOS 9.1 turut meningkatkan kualiti ciri ‘Live Photos’, dimana iPhone 6S serta iPhone 6S Plus kini dapat mengesan pergerakan telefon ketika mengambil gambar untuk mengurangkan rakaman yang tidak dikehendaki, dan memastikan GIF Apple berfungsi lebih baik.

Kebanyakan ciri-ciri lain bertumpu kepada penstabilan sistem seperti kelancaran pemprosesan iOS 9.1 agar lebih pantas dan kompak serta menyelesaikan masalah berkenaan Calendar, Game Center serta Mail.

Untuk mengemaskini iPhone anda kepada iOS 9.1, anda boleh layari di Settings > General > Software Update.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info