AA's blog

Adrina Adie

Contohi TMJ, jangan jadi bodoh sombong


'Revolusi dan Tranformasi' yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dibawah naungan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (TMJ) telah membuahkan hasil apabila pasukan Johor Darul Ta'zim berjaya mencipta sejarah dalam era moden bola sepak negara apabila layak ke peringkat akhir Piala AFC.

Itulah kemenangan kepada PBNJ setelah berjaya merubah lanskap bola sepak negeri Johor dan berani merubah minda untuk menuju kejayaan. Tidak ada erti sekiranya inginkan kemajuan tetapi tidak ada inisiatif merubah pemikiran terutama dalam aspek keingin dalam bekerja serta keberanian demi memajukan bola sepak negara.

Walaupun dengan pelbagai kontroversi yang ditimbulkan TMJ melalui pendapat dan pandangan beliau namun itu adalah asam garam dalam menuju kejayaan. Ini perlu diambil iktibar oleh semua persatuan bola sepak negeri, sekiranya ingin mencipta kejayaan beranilah merubah minda pemikiran dan kreatif dalam mengurus tadbir.

Begitu juga dalam pengurusan badan induk negara yang diberi amanah untuk menjalankan tugas mereka perlulah lebih efesien serta kreatif ketika melaksanakan tugas hakiki. Janganlah begitu selesa dengan kerusi empuk gunakanlah akal dan bertindak dengan keberanian dalam melontarkan idea dan pandangan yang boleh membawa kejayaan dalam bola sepak kita.

Bangkitlah, jangan tidur lagi sebagaimana lebih tiga puluh tahun kita terlena diulik mimpi. Sudah tiba masanya kita semua sebagai pencinta bola sepak membantu serta berkerjasama dalam menyedarkan masyarakat kita merubah pemikiran terutama kepada keluarga diperingkat akar umbi bagaimana untuk mendidik anak-anak mempersiapkan diri dalam menjadi seorang pemain profesional.

Lihatlah kehadapan sebagaimana kita ingin mencapai wawasan 2020 yang sering dilaungkan. Binalah imej dan identiti bola sepak Malaysia seperti negara Jepun yang sudah mempunyai falsafah yang kukuh untuk terus memajukan bola sepak mereka. Sudah tiba masanya juga kepada semua bekas-bekas pemain memberi khidmat terutama diperingkat akar umbi supaya dapat bekerjasama dalam memajukan bola sepak kita. Cukup-cukuplah tidur dan bodoh sombong. - Sumber
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info