AA's blog

Adrina Adie

Resepi Sotong Goreng Tepung Ranggup

Bahan-bahan:

Bahan A

1 kg sotong - di bersihkan dan di potong bulat

Bahan B

1 biji telur (whole egg) - dipukul biasa guna garfu
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Garam halus - secukup rasa
Serbuk kunyit - kalau suka

Bahan C

3 -5 cawan tepung gandum
1 susu besar baking powder
2 sudu besar tepung jagung (optinal - kalau guna serbuk kunyit, tak nak letak pun takpe)

Note: Gaul sebati biar ketiga-tiga bahan ini bercampur sekata.

Cara-caranya:

1. Campurkan sotong (Bahan A) ke dalam campuran Bahan B. Gaul sebati. Dan biarkan seketika (dalam 5-15 minit) untuk mesrakan bahan-bahan dan keluarkan sebanyak mungkin air dari sotong.

2. Selepas itu asingkan sotong dari bekas asal dan masukkan ke bekas baru. Buang air sotong dari bekas asal. Langkah ini penting untuk mengurangkan sikit kelembapan yang boleh mengakibatkan sotong meletup ketika di goreng nanti.

3. Panaskan minyak secukupnya (deep fried). Anda boleh menggunakan periuk atau kuali yang dasarnya dalam supaya bila di masukkan nanti, sotong masak dengan sekata pada suhu yang sama.

Dan yang paling best, anda boleh kurangkan risiko sotong meletup kerana kurang di balik-balikkan.

4. Masukkan segenggam sotong ke dalam bekas yang ada Bahan C. Pastikan anda salut tepung sepenuhnya pada kesemua sotong tadi.

Biar nampak lebih putih pun tak mengapa, sebab salutan yang sebegini menghasilkan lebih kerak (kerangupan) dan mengurangkan luas permukaan basah (isi sotong tanpa salutan) yang mengakibatkan sotong mudah meletup.

Goreng sehingga sedikit kekuningan dalam 5-8 minit (perhatikan perubahan warnanya). Jangan lama sangat sebab sotong akan jadi liat bila terdedah lama pada suhu tinggi.

5. Angkat dan toskan pada tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak. Boleh teruskan menggoreng dengan mengulang step 4 di atas.

Jika anda dapati Bahan C telah berkurangan, boleh tambah lagi ya.

Mudah sahaja bukan? Selamat Mencuba !
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info