AA's blog

Adrina Adie

Pengusaha IKS mesti manfaatkan platform media sosial


Pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) perlu memanfaatkan kemudahan pelbagai platform internet untuk memaksimumkan hasil perniagaan mereka.

Media sosial membantu peniaga untuk mengenal pasti golongan yang menjadi pelanggan sasaran mereka, sekaligus membuka ruang keuntungan yang lebih besar.

Enjin carian Google sebagai contohnya, menyediakan platform yang pelbagai untuk membantu mempromosikan perniagaan IKS.

Menurut Denise Gamo, Pengurus Pemasaran Google Malaysia, memiliki strategi digital dianggap satu keperluan dalam dunia hari ini, terutama bagi pengusaha IKS.

"Dengan promosi secara digital, ia akan menaikkan hasil jualan, memudahkan pelanggan mencari peniaga dan menyenangkan peniaga mengenal pasti golongan pelanggan sasaran,” kata Denise.

Bagi pengusaha IKS yang belum menggunakan kemudahan internet, mereka digalakkan mempelajarinya agar mereka tidak ketinggalan.

"Pengusaha industri kecil dan sederhana di luar bandar mesti belajar dan dedahkan diri kepada platform internet. Paling mudah, tanya anak-anak. Anak-anak mesti pandai menggunakan Facebook, Google dan Instagram."

“Minta anak-anak wujudkan satu laman Facebook untuk menjual barang. Banyak platform internet dengan pelbagai bahasa sekarang, termasuk bahasa Melayu,”

Mereka yang ingin mendalami ilmu penggunaan platform digital dalam perniagaan mereka, bolehlah berkunjung ke Digital SME Day anjuran PanPages Malaysia dengan kerjasama Google Malaysia pada 9 September ini di Sunway Pyramid Convention Centre.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info