AA's blog

Adrina Adie

5 Cara Untuk Mengatasi Rasa Bosan Bekerja


Perasaan bosan boleh melanda dan memang biasa timbul apabila kerja datang menimbun. Jangan terburu-buru mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan mencari kerja baru. Lebih-lebih lagi jika anda hanya mengalami masalah kerja biasa atau mengalami kebuntuan. Sebaik-baiknya, kenal pasti masalah anda dan cari penyelesaiannya.

Kemungkinan masalah timbul kerana anda terikat dengan rutin dan mengalami tekanan. Ini bukan masalah yang serius kan? Jika anda berpindah hanya merasa bosan, rasanya tindakan anda kurang bijak dan bertanggung jawab. Ada kemungkinan anda akan merasa bosan dalam perkerjaan baru anda, kemudian anda berpindah lagi. Ini bukanlah sifat pekerja yang mahu anda beri rujukan (recommendation) kan?

Berikut adalah beberapa tips dalam mengatasi kebosanan dalam kerja apabila menghadapi rutin dan tekanan kerja, untuk rujukan anda:

1. Ambil cuti dan melanconglah ke lokasi impian anda.

Lakukan aktiviti yang mencabar dan merangsang adrenalin; atau tempat pelancongan yang tenang dan aman. Yang penting, kedua-dua bentuk percutian ini dapat memulihkan tenaga anda.

2. Cadangkan untuk pindah jabatan atau unit.

Bagi tips ini, anda seharusnya telah mempertimbangkan kesesuaian jabatan yang baru dengan kemampuan dan minat anda. Anda juga boleh meyakinkan ketua jabatan dengan menunjukkan sebuah pelan kerja yang boleh anda laksanakan di pejabat baru.

3. Cadangkan untuk pindah ke cawangan pejabat lain.

Berpindah ke cawangan pejabat lain bermaksud anda masih berpindah dalam syarikat tetapi mendapat suasana baru. Perasaan yang anda dapat serupa juga dengan perasaan bila anda meletak jawatan dan bertukar majikan.

4. Ubah susunan dalaman pejabat atau meja anda.

Bagi anda yang hanya punya meja, anda boleh menukar suasana kerja dengan mengubah hiasan di atas meja. Cuba berikan sentuhan peribadi yang istimewa pada meja anda dan jadikan ini sebagai sudut ketenangan bagi meja atau ruangan kerja anda.

5. Berhenti mengeluh kerana ini hanya akan membuang masa anda.

Cuba lakukan projek yang dapat merangsang minda dan jadikan ini suatu cabaran. Jika projek anda berjaya, anda turut berjaya mengatasi kebosanan.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info