Najib akan pulih keyakinan rakyat sebelum PRU
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai cukup masa untuk mengembalikan keyakinan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau yang juga Presiden UMNO menekankan supaya ahli UMNO mengembalikan kekuatan UMNO memandangkan masih ada masa.
"Kita ada masa lagi. Persiapan yang kita buat jangan la syok sendiri. Salah satu risiko yang perlu kita hadapi ialah risiko persepsi dan juga realiti. Hari ini persepsi lebih besar daripada realiti.
"Pembangkang perlu buktikan realiti, dia cuma bentukkan persepsi sahaja. Kita perlu fikir bagaimana strategi kita berdepan dengan serangan alam maya ini supaya kedudukan kita ini bertambah lebih baik.
"Kita juga maukan supaya parti kita membuat persiapan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Hulu Selangor di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baru.