AA's blog

Adrina Adie

Resepi Nasi Mandy (Ayam)



Bahan-bahan ayam:


  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( lihat di bawah)
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulatGaram
  • Sedikit pewarna kuning/ saffron ( kalau takde guna serbuk kunyit pun boleh)
  • Aluminium foil.


Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.

Nasi:


  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi (saya pakai minyak jagung)
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.


Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:


  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.


Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Bahan - bahan rempah kabsa:


  • 1 sudu makan bunga cengkih **
  • 1 sudu makan lada hitam **
  • 1 sudu makan jintan manis **
  • 1 sudu makan jintan putih **
  • 2 sudu makan biji ketumbar **
  • 1 sudu makan buah pelaga **
  • 1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh kunyit


Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Selamat Mencuba !

Click disini untuk Resepi Lain

Related Post

  • Resepi Biskut MazolaBahan-Bahan:1 cawan minyak mazola1 ½ cawan tepung gandum (diayak )½ cawan tepung jagung¾ cawan gula halus1 cawan kacang …
  • Resepi Biskut Peanut ButterBahan125 gm mentega125 gm peanut butter75 gm gula5 gm garam230 gm tepung kek10gm soda bikarbonatsedikit perisa vanilaCar…
  • Resepi Kerabu Jantung PisangKERABU JANTUNG PISANGBAHAN-BAHAN : 1 biji jantung pisang1/2 cawan ikan bilis kecil - boleh ditambah1 biji bawang besarke…
  • Resepi Daging Tumis Pedas Simple Bahan-Bahan1kg daging (rebus sampai empuk )Bawang merahBawang putihHaliaSetengah sudu biji ketumbarCili apiKunyit hidup(…
  • Resepi Coklat Ferrero RocherBahan-bahan:250gm butter80gm gula icing20gm qroquant/cornfleks hancur360gm tpg gandum100gm almond powder40gm tpg jagung1…
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By Catatan Info