AA's blog

Adrina Adie

PAC Sudah Terima Laporan Awal Kertas Siasatan 1MDB


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini menyerahkan buku laporan awal audit ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, di Parlimen.

Laporan awal itu adalah hasil audit yang dijalankan antara 10 Mac sehingga 15 Jun lalu dan telah mula dibentangkan pada kira-kira jam 10.30 pagi di hadapan panel PAC yang diketuai Nur Jazlan.

Difahamkan sidang media PAC dijangka akan diadakan pada jam 1.30 tengah hari ini, namun sesi pendengaran itu difahamkan bakal bersambung semula dan diteruskan sehingga jam 4 petang.

Sebelum sesi itu dimulakan, para petugas media dibenarkan mengambil visual.

Hari ini merupakan pendengaran berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diadakan di Parlimen.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

PAC dilaporkan telahpun memulakan prosiding siasatan pada 19 Mei berkenaan isu kontroversi yang melibatkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Susulan mesyuarat khas pada 30 April lepas, PAC mengambil keputusan memulakan siasatan terhadap 1MDB.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info