AA's blog

Adrina Adie

Resepi Cereal Butter Prawn



Cereal Butter Prawn

Hari ni kami nak share resepi yang tidak kurang sedapnya iaitu cereal butter prawn. Kalau biasa kita masak sambal tumis udang, gulai udang, udang tepung, apa kata try cereal butter prawn, yg sudah pasti memang kena goreng le kan. Bahan2 simple aje, kiranya mudah dicari dan biasanya mesti ada kat dapur.

Rasa pedas,manis, lemak memang sedap, dengan cereal dan daun kari yg crunchy...makan gitu pun sodappp.

Cereal Butter Prawn

Bhn A - sebatikan semua

  • 1 cwn Nestum cereal (original flavour)
  • garam
  • 1½ tsp gula
  • 1½ tbsp susu tepung


Bhn B - gaul sebati

  • Udang - gunting muncung udang dan kakinya, dan belah belakang udang tu, kalau nampak urat hitam tu buang le pastu basuh dan keringkan dengan tisu
  • garam
  • 1 telur - pukul ngan garfu
  • 1½ tbsp tepung gandum


Bhn C

  • minyak
  • 2tbsp butter
  • cili api potong kecik2
  • daun kari


Cara-Cara
Mula2, panaskan minyak masak dan goreng udang yg telah digaul dengan bhn B tadi, angkat guna penapis biar minyak tos.

Pastu, panaskan butter, masukkan cili api dan daun kari..goreng sebati dan kecikkan api, baru masukkan Bhn A dan kacau2lah biar rata hingga cereal jadi golden brown...baru masukkan udang yg digoreng tadi tu sebatikan, angkat dengan penapis biar minyak tos kejap n ready to serve....hasilnya nanti cereal, daun kari sumer jadi crunchy dengan rasa lemak2 susu...

Selamat Mencuba

Related Post

  • Resepi Kerabu Jantung PisangKERABU JANTUNG PISANG BAHAN-BAHAN : 1 biji jantung pisang 1/2 cawan ikan bilis kecil - boleh ditambah 1 biji bawan…
  • Resepi Rendang Ayam Pedas Bahan bahan:1 ekor ayam8 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1-2 senduk cili kisar - ikut pedas disukai4 inci kunyit hid…
  • Resepi Kek Coklat MoistBahan untuk kek coklat.Bahan A1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )1 cawan gula pasir1 cawan susu cair1 cawan…
  • 9 Sandwich Ingredients That Are Healthy When I talk to my clients about their favorite meals, many will say, “Well, I love a good sandwich.” I …
  • Resepi Kek Pandan KayaBahan A6 biji telur ( di sejukkan) telur gred A170 gram tepung superfine85 gram tepung jagung1 suduteh baking powder145 …
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By Catatan Info