AA's blog

Adrina Adie

Bayar Zakat Pendapatan pada Bulan Ramadhan?


Rakan sekerja kepada Mohd Faridz bin Ismail yang bekerja di Petronas ICT (nama pencetus idea ini masih belum diketahui), adalah merupakan trendsetter kepada idea membayar zakat dalam bulan Ramadhan. Idea ini telah dirakam melalui laman Facebook Mohd Faridz VI.

Selama ini, orang ramai membayar zakat pendapatan kepada Pusat Pungutan Zakat sama ada melalui pemotongan gaji berjadual atau pun membayar ketika hendak menyelesaikan urusan cukai di LHDN pada bulan Mac-April.

Seperti yang kita sedia maklum,umum biasa mempraktikkan, hanya membayar zakat fitrah dalam bulan ramadhan tetapi tidak pada zakat zakat yang lain. Terdapat pelbagai jenis Zakat yang boleh kita uruskan dalam bulan Ramadhan.

Jenis-jenis Zakat

  • Zakat Fitrah
  • Zakat Harta
  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas/Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Penternakan
  • Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz

Istimewanya bulan Ramadhan ini, setiap kebajikan yang kita lakukan akan digandakan sebanyak 10 kali ganda. Marilah kita memulakan trend terbaru ini, dengan mengeluarkan segala zakat yang wajib kita keluarkan pada bulan Ramadhan semoga kita dimurahkan dan digandakan rezeki dengan amalan-amalan mulia kita pada bulan Ramadhan.

Selamat beramal.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info