Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun atau dua selepas bertindak memalukan UiTM.
“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” jelas beliau.
Selepas dari kejadian itu, terdapat Universiti diluar negara yang tersohor (Imperial College London) menyindir secara halus dengan mengupload gambar student berselfie diatas pentas ketika istiadat kovokesyen pada fanpage Facebook mereka pada Jumaat lepas.
Imperial College London |
Kesalahan berselfie itu bukanlah sesuatu yang sangat besar. Jika kita bandingkan dengan kes MARA ingin memberi peluang kedua kepada Nur Fitri Azmeer yang terang-terang bersalah kerana memiliki bahan-bahan pronografi kanak-kanak.
Dimana sikap profesional pihak UiTM dalam membezakan kes-kes sebegini? Sedang penjenayah diveri peluang kedua inikan pula berselfie ketika berkonvo. Kenapa UiTM perlu berasa malu dengan trending masa kini. Hukuman yang dijatuhkan adalah berdasarkan emosi semata-mata. Jika Universiti yang hebat diluar negara tidak kisah dengan perkara seperti itu, mengapa UiTM perlu melatah berlebih-lebihan? Tidakkah UiTM merasakan hukuman itu terlalu melampau?