Tidak susahkan pun untuk kita menutup mulut ketika menguap. Lagipun dituntut dan digalakkan dalam Islam untuk berbuat demikian.
Di sini dikongsikan artikel berkaitan dengan Kenapa Perlu Tutup Mulut Ketika Menguap? Supaya boleh dijadikan panduan kita bersama-sama.
Hadith:
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila seorang di antara kamu menguap, maka hendaklah ia meletakkan tangannya ke mulut kerana sesungguhnya syaitan akan masuk ke mulut sekiranya tidak di tutup ketika menguap.”
Huraian Hadith:
- Dituntut oleh Islam meletakkan tangan dan lain-lain ke atas mulut ketika menguap. Tujuan berbuat demikian adalah untuk menghalang syaitan masuk ke mulut sehingga orang tersebut dikuasai oleh syaitan.
- Makruh bagi orang yang menguap mengeluarkan suaranya ketika menguap, sesungguhnya syaitan itu sangat suka kepada orang yang lalai dalam apa keadaan sekalipun.