AA's blog

Adrina Adie

Ahli FMC Yang Terlibat, Jangan ingat boleh lepas

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan untuk memastikan individu yang menjadi punca kematian tiga beranak dalam satu kemalangan di Lebuhraya DUKE dihadapkan segera ke muka pengadilan. 

Menurutnya, walaupun terdapat kenyataan di mana ahli kelab Familia MyVi Club (FMC) mempunyai orang dalam, beliau turut menjamin kes berkenaan akan diadili dengan telus. 

"Jangat ingat ada orang dalam, individu terbabit boleh terlepas. Polis tidak akan menutup kes ini dengan mudah walaupun terdapat keterangan yang bercanggah daripada suspek dan saksi utama. 

"Kalau saya dapati ada penglibatan orang dalam sekalipun, orang itu juga akan diambil tindakan tegas," katanya semasa menziarahi keluarga mangsa di kediamannya di Taman Batu Muda, di sini, tadi. 

Insiden jam 1 pagi pada Sabtu lalu itu dikaitkan dengan tindakan enam kereta Perodua Myvi yang berlumba di lebuh raya itu sebelum merempuh pacuan empat roda model Pajero dinaiki tiga mangsa itu.

 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info