AA's blog

Adrina Adie

5 Tips Menyusukan Bayi Di Khalayak Ramai


Ada kalangan ibu-ibu yang menyusukan berasa tidak selesa bila menyusu di khalayak ramai. Namun harus diingat kita bukan buat SALAH. Malah patut berasa bangga kerana komitmen yang tinggi untuk keperluan bayi yang tidak semua orang mampu membuatnya.

Kadang-kadang bila kita menyusu di khalayak ada mata-mata yang memandang. Tapi rasa itu zaman batu dulu lah, sekarang ni ramai ibu yang ada pelbagai kesedaran dan juga kemudahan seperti nursing wear dan nursing cover tu secara tak langsung boleh menutup segala yang tak perlu dilihat.

Bukan mudah seorang ibu nak bagi komitmen yang tinggi macam ni, memang tabik hormat pada mereka semua. Sebab masa ni ibu banyak kena fikirkan keperluan bayi dari diri sendiri. Nak beli baju mesti yang memudahkan untuk menyusu, tak bolehlah beli jubah yang tiada kemudahan nak menyusu. Takkan nak tarik ke atas jubah tu kalau anak nak menyusu kan. Itulah pengorbanan wanita yang tiada tolok bandingnya.

Bahkan bukan setakat baju, bra pun kena beli yang mesra untuk penyusuan. Begitulah hidup wanita dilengkapi dengan adanya bayi, sebab itulah orang kata wanita ni mencapai kesempurnaan sebagai wanita setelah bisa melahirkan permata hati.

Untuk lebih yakin menyusukan di khalayak ramai, ini ada beberapa TIPS yang mungkin berguna bagi anda.

Tips Menyusu Bayi Dengan Mudah Di Luar Rumah

1. Pakailah ‘nursing wear‘ . Dengan baju menyusu senang anda susukan bayi tanpa bimbang perlu menyelak bahagian yang tidak sepatutnya dilihat.

nursing wear untuk ibu menyusu

2. Pakai “blanket” yg sesuai untuk menutup bahagian tersebut semasa menyusukan bayi. Setengah bayi mungkin tidak berasa selesa atau kemungkinan berasa panas, namun anda boleh mencuba dan lihat kesesuaian bayi anda.

3. Pakai “sling wear” atau “carrier“. Yang ni juga memudahkan kita menyusukan secara tertutup.

4. Carilah bilik-bilik khas untuk menyusukan, sekarang ini MJ percaya sudah banyak tempat terutamanya shopping mall yang menyediakan tempat khas. Cara ini paling selesa kerana kita merasa lebih konfident dan selamat. Cuma kadang-kadang bilik menyusu ni penuh dengan para suami juga. Jadi rasanya kena memahami situasi ini.

5. Pakailah nursing cover yang memang dikhaskan untuk ibu menyusu menyusukan dengan mudah.

menyusu di khalayak ramai

Susukan Bayi Sebelum Terlalu Lapar

Sebelum tu mesti diingat, susukan bayi bila bayi ada tanda-tanda sudah lapar, jangan biarkan bayi terlalu lapar dan mungkin bayi akan jadi cerewet dan meragam, yang mana akan membuatkan anda susah sedikit untuk mendapat keselesaan. Sebagai ibu sudah tentu anda tahu petanda bayi anda lapar, dengan itu cepat-cepatlah buat persediaan.

Disebabkan salah satu tips adalah perlu menyediakan attire yang sempurna untuk ibu menyusu, maka apa lagi para suami, hadiahkan isteri anda satu hari ini. Ia pasti menjadi suatu kejutan yang sangat bermakna buat seorang isteri.

romantik sangat abang ni hadiahkan nursing cover.

Berbanggalah menjadi seorang ibu yang bila-bila masa sedia beri komitmen yang tidak berbelah bagi. Buktikan di mana ada kemahuan, ke mana sahaja anda pergi, bukan alasan untuk tidak menyusukan bayi. Tanya hati, tepuk dada, tanya selera.

Happy breastfeeding!
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info