AA's blog

Adrina Adie

Rumah Mewah Umie Aida Dilelong?


Sumber dari dilaman sosial mengatakan suami kepada Umie Aida, Khairuddin Abu Hassan yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan kini muflis.

Dokumen mahkamah yang kini sedang hangat diperkatakan oleh blog blog politik menunjukkan yang Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah isytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.

Khairuddin yang dihubungi pelbagai media mengakui sedar akan pengisytiharan diri sebagai muflis namun enggan untuk mengulas lanjut dan sedang bekerjasama dengan peguam.

Ekoran perkara ini, sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari Sabtu ini (10 January 2015) di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.

Khairuddin Abu Hassan bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang lelongan itu.

Hubungi kami di admin@rawangpost.com jika anda ada sebarang maklumat. 

Bagi yang suka berbelanja, melancong.... Kurangkan aktiviti anda dan perbanyakkan simpanan sepanjang tahun 2015-2016. 



 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info