AA's blog

Adrina Adie

Update hari Jumaat

lama tak update blog sebenarnya. entahlah, serius rasa malas dah skrg nak story mory bagai ni. maybe zaman tulis diary dalam hidup aku dah berlalu kot. dulu punya lah rajinnya. semua benda nak cerita. skrg, concentrate on real life. apetah lagi skrg ni aku tgh sarat mengandung. masa tgh type entry ni, kandungan aku dah nak masuk 37 minggu. bermakna ade lg beberapa minggu je lagi sebelum due date aku utk bersalin. sebenarnya, cuak mmg cuak. siapa tak cuak, anak first kot. mana ada pengalaman lagi sebelum ni. huhu. during my pregnancy, alhamdulillah baby tak banyak masalah. dia baik je dalam perut. skrg pun kepala dia mmg dah kt bawah. jantung baby semua okey setakat ni, pergerakan baby pun alhamdulillah aktif sangat. pendek kata, baby mmg tak bagi masalah kt aku langsung. dia baik je dalam tu. cuma aku ni la cepat sangat letih skrg. nak berjalan banyak pun dah tak larat sebenarnya. perut dah makin besar gilaaa. skrg berat baby dah 2.8kg dlm perut. berat aku dah masuk 55kg. baru je minggu lepas 54kg. nampak tak seminggu naik mendadak 1kg? huhu. now mak tgh buat renovation kt rumah kitorg kt sungkai ni. mak tambah bilik untuk aku senang berpantang nanti. terima kasih mak. mmg luas biliknya, siap bilik air lagi dalam bilik tu, bilik air pun sikit punya luas sampai boleh muat satu katil lagi dlm bilik air. mak siap pasang water heater untuk senang mandikan baby nanti, xpayah nak masak2 air bagai. barang baby pun alhamdulillah semua mak dah siap belikan, beg aku untuk bawak pergi hospital skali dgn beg baby pun semua mak dah prepare. nampak tak, sampai saat anak nak dapat anak pun, mak jugak la org yg menguruskannya. terima kasih mak. mak aku mmg dari kitorg kecik sampai la besar dah kawen ni pun, mmg cukup manjakan anak. ni nak dapat cucu sulung ni lagi la, mak yg eksited lipat2 baju baby bagai. hihi.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info