Lorong Tambah Nilai 24-Jam bagi semua kelas kenderaan di Plaza Tol terbaharu iaitu di Plaza Tol Kundang Barat dan Kundang Timur Lebuhraya LATAR akan mula beroperasi pada Isnin, 8 Disember 2014.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lebuhraya LATAR, En Amran Amir, “Walaupun tol masih lagi percuma sehingga tarikh yang bakal diumumkan oleh pihak kerajaan, pihak LATAR tetap komited dan mengambil langkah proaktif dengan membuka lorong tambah nilai 24-jam di kedua-dua plaza tersebut untuk memastikan pengguna mendapat akses mudah dan menawarkan perkhidmatan sedia ada kepada para pengguna lebuh raya untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go di lebuh raya ini pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan dan tidak perlu keluar daripada lebuh raya.”
“Sebagai syarikat konsesi lebuh raya yang pertama di Lembah Klang yang menawarkan perkhidmatan lorong tambah nilai 24-jam kepada para pengguna, kami menyarankan agar pengguna lebuh raya ini memanfaatkan sepenuhnya pembukaan lorong tambah nilai 24-Jam di Plaza Tol Kundang Barat dan Kundang Timur. Ini kerana perkhidmatan 24-jam sebegini dapat memberi kemudahan maksimum bagi pengguna yang ingin menambah nilai kad Touch ’n Go iaitu akses mudah pada bila-bila masa tanpa perlu keluar daripada kenderaan. Ia juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat sosial Lebuhraya LATAR kerana kami memahami keperluan dan kehendak pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan tambah nilai yang mudah, selamat dan cepat.” kata En Amran Amir.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi talian LATAR 03-6145 1515.
Adrina Adie
Blog Archive
Popular Posts
-
Limastiga tersenarai dalam dalam entri tempat menarik di Malaysia. Walaupun ianya bukan hotel tetapi ia beroperasi sebagai private h...
-
Perkara ini mungkin kebetulan, tetapi tanda-tanda ini biasa nya pada pasangan yang curang. Quite possibly. But just as there are that m...
-
Amacam ? Seronok bercuti panjang sempena Hari Wilayah dan Thaipusam ? I have a week’s worth of fabulous guest posts in store for you whi...
-
Hujung bulan ini, warga KL akan dapat Public Holiday straight 4 hari bermula dari 31 Januari (Sabtu) hingga 3 Februari (Selasa) kerana...
-
Bila sebut pasal Jerman, ramai orang Malaysia terus memberi gambaran tentang Perang dunia Kedua dan Hitler, dan itu sahaja lah yang selalu b...
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info