Subsidi RON95 akan dimansuh
Terkini, subsidi bagi petrol RON95 dan diesel akan dihapuskan berkuatkuasa 1 Disember ini. Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, kaedah berkenaan adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 yang dilaksanakan sejak Julai 2010.