Kejadian ini berlaku di Bandar Kajang. Seorang peragut yang kantoi telah 'dihadiahkan' tinju dan penampar oleh orang ramai yang geram selepas suspek diberkas sejurus cuba meragut rantai emas seorang wanita.
Semasa kejadian semalam, lelaki tersebut telah menjadikan seorang wanita berusia 40-an sebagai sasaran berhampiran Jalan Bukit, Kajang.
Suspek cuba meragut rantai emas mangsa yang ketika itu sedang berjalan bersendirian.
"Suspek yang menunggang motosikal bertindak menarik rantai emas milik pada leher mangsa menyebabkan mangsa menjerit dan cuba melawan.
"Mangsa bagaimanapun enggan mengalah apabila bergelut dengan suspek sambil menjerit meminta tolong," katanya.
Orang ramai yang mendengar jeritan mangsa kemudian membantu untuk menangkap suspek tersebut.
Setelah kantoi, suspek dibelasah orang ramai sampai rebah.
Suspek kemudian diikat orang ramai sebelum diserahkan kepada anggota polis.
Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan peragut terbabit dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Menurutnya, suspek dipercayai turut terbabit dengan beberapa kes ragut di daerah ini dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap suspek warga tempatan itu.
Jangan sesekali berniat untuk melakukan jenayah. Padah sekiranya terkantoi.