AA's blog

Adrina Adie

Fahami 7 Perkara Haram Ketika Melakukan "Hubungan Intim" Suami Isteri


Perkahwinan adalah satu ikatan halal untuk melakukan hubungan suami isteri namun ia perlu bergantung kepada halal dan haram ketika bersama.

1. Haram jima’ ketika isteri haid, nifas dan wiladah.

Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.

“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh, katakanlah: “Haidh itu adalah suatu kotoran”, oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh, dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci, apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah : Ayat 222)

Dari Masruuq b.Ajda’i berkata: “Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah tentang sesuatu yang boleh dilakukan seorang suami terhadap isterinya yang sedang Haid.” ‘Aisyah menjawab, Apa saja boleh, kecuali kemaluannya (bersetubuh). (Riwayat Bukhari)

2. Haram jima’ melalui jalan belakang (melalui dubur) walau pun isteri.

“Terkutuklah orang yang menyetubuhi isteri diduburnya.” (Hadits Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’i dari Abu Hurairah.)

3. Haram jima’ membawa ayat-ayat Al-Quran nama-nama Allah, Nabi. Malaikat dan lain lain seperti azimat.



4. Haram jima’ sedang berpuasa di bulan Ramadhan.


Jimak atau persetubuhan yang berlaku pada siang hari Ramadhan adalah haram. Mereka yang berjima' pada siang hari di Bulan Ramadhan hendaklah membayar Kifarah. Kifarah puasa terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

  • Memerdekakan seorang hamba, atau jika tidak hamba;
  • Berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau jika tidak berdaya;
  • Memberikan makanan asasi seorang secupak kepada 60 orang fakir miskin.


Tetapi tidak wajib kifarah jika berlaku jimak pada bulan lain selain Ramadhan seperti ketika melakukan puasa sunat, nazar, qada atau puasa kifarah.

Sebagaimana Firman Allah Ta’ala:
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.

“Kemudian sempurnakan puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.” – (Surah al-Baqarah, ayat 187).

5. Haram jima’ dalam masjid / surau.


6. Haram jima’ sedang dalam ihram haji atau ihram umrah.


7. Haram jima’ di tempat terbuka (tempat awam).

 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info