"Surat pekeliling itu untuk seluruh kementerian dan jabatan kerajaan Indonesia. Kita ingin meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kerajaan, jadi perlu mengutamakan makanan tempatan," kata Yuddy, di Kompleks Istana Kepresidenan, Jakarta.
Yuddy mengungkapkan keyakinannya bahawa perkara ini akan membawa banyak manfaat. Manfaat yang paling utama adalah untuk menggalakkan orang ramai bercucuk-tanam, dan disamping itu kesihatan penjawat awam juga akan lebih baik dengan memakan singkong kerana berpotensi besar mengurangkan pelbagai penyakit.
Ia melanjutkan, makanan tempatan berasaskan ubi kaju dapat dipelbagaikan secara kreatif sehingga mampu untuk disajikan pada majlis rasmi negara. Yuddy yakin kebijakannya ini akan dijalankan oleh semua instituisi kerajaan bermula dari 1 Desember 2014.
"Sekarang kan ramai orang berpenyakit kolesterol tinggi akibat makan makanan dengan kadar gula dan lemak tinggi, jadi jika ada instituisi kerajaan yang mula menyajikan makanan tempatan untuk sajian peringkat kebangsaan kan lebih bagus," ujarnya.