AA's blog

Adrina Adie

10 fakta menarik tentang Harimau Malaya


Hari Harimau Sedunia (International Tiger Day) disambut pada 29 Julai setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran awam dan sokongan terhadap isu-isu pemuliharaan harimau. Ia pertama kali disambut di Saint Petersburg Tiger Summit pada tahun 2010.

Sehubungan dengan Hari Harimau Sedunia sedunia pada hari ini, ketahui 10 fakta menarik mengenai haiwan spesis panthera tigris malayensis atau lebih dikenali sebagai Harimau Malaya.


  1. Sehingga tahun 2004, harimau Malaya tidak diiktiraf sebagai sub-spesies yang berbeza, sebaliknya dianggap sebagai sub-spesies harimau Indochina.
  2. Harimau Malaya diabdikan dalam lambang rasmi kerajaan Malaysia iaitu dalam Jata Negara Malaysia.
  3. Pasukan bola sepak Malaysia turut digelar harimau Malaya. Maskot dan jersi utama juga diadaptasi daripada corak belang yang terdapat pada harimau Malaya.
  4. Harimau Malaya mendapat pelbagai nama gelaran namun yang paling popular pastinya ‘Pak Belang’.
  5. Leonardo DiCaprio, David Beckham, Meryl Streep, Ian Somerhalder dan Betty White antara nama-nama besar Hollywood yang sering memperjuangkan nasib haiwan-haiwan liar termasuklah harimau.
  6. Harimau Malaya turut dijadikan sebahagian daripada logo institusi-institusi lain di Malaysia seperti Polis Diraja Malaysia, Maybank, Proton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
  7. Lazimnya rakyat Malaysia menganggap lambang harimau sebagai tanda keberanian dan kekuatan.
  8. Harimau Malaya diklasifikasikan sebagai haiwan yang terancam ekoran banyak pihak yang memburunya bagi mendapatkan kulit, gigi dan dagingnya buat pelbagai tujuan.
  9. Selain terpilih sebagai lambang negara Malaysia, harimau turut dipilih sebagai haiwan kebangsaan bagi Bangladesh, Nepal, India, Korea Utara dan Korea Selatan.
  10. Jika tidak dipelihara, Harimau Malaya bakal menerima nasib yang sama seperti Harimau Bali, Harimau Kaspia dan Harimau Jawa yang masing-masing telah pupus pada tahun 1937, 1950 dan 1972.

Sumber
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info