AA's blog

Adrina Adie

7 Faktor Yang Menyebabkan Keletihan


Oklah, untuk memulakan entry yang aku rasa akan jadi panjang lebar, aku nak share juga, 7 sebab atau beberapa faktor yang membuatkan korang semua akan rasa penat, letih. Yang ni aku memang cedok dari satu blog shaklee yang duk atas sekali, nak power lagi pergi blog dia kat sini.

1. Kuasa Medan Elektromagnetik

Hhahah, suatu sensitiviti elektrik katanya, tapi awek dalam blog tu kata, memang dalam badan kita nih, dengan kecanggihan teknologi, boleh menyebabkan badan kita cepat penat, lagi lagi kuasa teknologi digital, patutlah, dia kata pun, bagusnya ialah cuba pakai balik alat elektronik yang lebih analog. Yang digital nih, tanpa wayar, sila jauhkan . Tapi itulah dalam bilik aku nih, tempat soho , banyak benar barang elektrik.

2. Diabetes Tanpa Sedar

Korang pun tahukan, penyakit kencing manis nih, satu simptomnya ialah badan cepat penat dan selalu sangat nak buang air kecil. Lagi lagi kita rakyat Malaysia minum tak ingat dunia, minum teh tarik, teh ais, dan paling tak cool sekali minum air masak kurang, itu yang bagi badan cepat letih. Bagusnya nak elak diabetes, rajinlah minum air masak, buat pemeriksaan doktor, cek gula dalam darah tuh, kalau tak guna gula tuh yang jadi DIABETES !!!

3. Makan Tengah Hari


Hahaha yang ni special sikit, tapi buat yang kerja berat, makan tengah hari yang berat berat memang ok, sebab badan pun dah bakar kalori , nak kena ganti balik. Tapi paling ketara sekali ialah yang makan tengah hari, dengan lauk penuh minyak, dan kolestrol tinggi, boleh buat kita mengantuk, badan penat nak proses makanan yang susah nak dihadam, hooo, lepas tu masuk waktu petang, yang kerja ofis, semua mengantuk, ada yang terus tidur sampai waktu balik

4. Masalah GINJAL

Hooo kalau ada masalah ginjal nih, nak kena jaga-jaga, sebab ianya boleh membawa kepada masalah anemia, kurang darah marah, dan seterusnya boleh membuatkan badan kita penat. Hooo, bahaya nih

5. Kurang Zat BESI, B12

Oklah, yang ni memang selalu orang sebut, kurang zat besi, memang badan kita akan cepat letih, sebab itu orang yang nak zat besi nih, ada yang ambil vitalea, macam wife aku, memang bertenaga masa trip Supermom kat Indonesia sana, sebab ada iron formula. Fungsi zat besi ialah untuk penghasilan darah merah, manakala vitamin B12 nak membantu bawa oksigen ke seluruh badan

6. Cara Senaman


Kalau orang yang tak pandai senaman, boleh jadi penat dari menyihatkan. Kalau yang ahli sukan tentu tahu cara senaman yang betul, apapun mesti buat senaman ringan dulu, sebelum nak bersukan lasak. Lagi ramai yang terlupa ialah nak buat senaman nak sejukkan badan, cooling down, sebab benda nih kena buat, takut otot otot masih lagi tegang, tak dikendurkan kembali, boleh memudaratkan.

7. Tekanan

Benda yang paling ramai orang takut, ialah Tekanan. Stress nih perkara biasa, ada yang bagus dan ada yang tak bagus. Biasanya yang tak bagus tu yang buatkan badan kita cepat penat, lagi campur boleh jadi malas dan sebagainya. Jadi, tekanan nih pulak, ialah penyebab UTAMA kematian dalam negara kita nih, hoo, kalau tak diatasi, sedar tak sedar, umur pun pendek
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info