AA's blog

Adrina Adie

Warga Rawang merungut susulan kenaikan kadar tol


Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya termasuk terowong jalan raya dan pengurusan air banjir (SMART) mengumumkan penyelarasan kadar tol di lebuh raya seliaan masing-masing berkuatkuasa hari ini.

Tinjauan di salah sebuah tol di ibu negara mendapati orang ramai melahirkan rasa kesal dengan kenaikan kadar tol yang disifatkan sebagai membebankan mereka.

Kenaikan kadar tol di antara 10 sen dan RM3 itu menyebabkan perbelanjaan tambahan lebih daripada RM100 sebulan.

Seorang pengguna lebuh raya Ramli Samad berkata beliau tiada pilihan lain kerana bekerja di luar pejabat.

"Saya tidak ada pilihan lain kalau nak guna jala-jalan biasa dengan kesesakan teruk. Bagi individu seperti saya yang bekerja di luar pejabat sudah tentu susah nak naik kenderaan awam ataupun nak berkongsi kereta."

Muhammad Fauzi Nazri, seorang kontraktor, pula berkata, "Memang menyusahkan rakyat terutama yang bekerja di Kuala Lumpur. Banyak barang yang naik seperti tol minyak apa semua pun naik sekarang ini."

Bagi masyarakat yang tinggal di sekitar Rawang yang menggunakan Lebuhraya LATAR untuk pergi dan balik ke Kundang, Kuang, Bandar Tasik Puteri, Bandar Country Homes pasti terkesan dengan kenaikan Tol yang mendadak ini.


Beberapa pemegang konsesi lebuh raya di seluruh negara pada Isnin mengumumkan kenaikan kadar tol masing-masing bermula 15 Oktober.

Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE/Grand Saga), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

www.rawangpost.com
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info