AA's blog

Adrina Adie

Resepi Rendang Ayam Pedas


Bahan bahan:


  • 1 ekor ayam
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1-2 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
  • 4 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 6 inci lengkuas
  • 2 sudu makan ketumbar, 1 sudu teh jintan halus, 1 sudu teh jintan kasar & 1/2 sudu teh lada hitam- ( semua rempah ratus ni disatukan, disangai dan diblend halus..)
  • 5 sb Kerisik
  • 800gm santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 3 batang serai- dititik
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 5 helai daun limau purut- koyak2kan
  • 3 helai daun pandan disimpul
  • Garam
  • Gula


Cara cara:


  • Kisar semua bahan kecuali serai, daun kunyit, daun pandan,daun limau purut dan asam keping..Masak bahan kisar bersama santan, serai, rempah ratus dan ayam sehingga mendidih... ( kalau nak tumis terlebih dahulu boleh juga, gunakan sedikit sahaja minyak, santan masukkan selepas bahan2 tumis pecah minyak)
  • Masukkan garam, gula dan asam keping.. Kemudian masukkan kerisik..Masa rendang hampir pekat taburkan daun kunyit, daun pandan dan daun limau purut.. Masak lagi hingga rendang semakin pekat..


Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat Mencuba !

Resepi Lain
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info