AA's blog

Adrina Adie

5 Barang Yang Tidak Perlu Dibawa Untuk Melancong


Biasanya ketika berkemas untuk pergi bercuti, kita menjadi bingung barang apa yang dimasukkan ke dalam bagasi. Kerana tidak semua barang perlu dibawa.

Memilih dengan cermat barang apa yang dimasukkan ke bagasi tentunya membantu mengurangkan beban berat. Berikut barang-barang yang tidak perlu dimasukkan ke bagasi perjalanan.

1. Tuala

Tuala besar memakan banyak ruang dalam bagasi dan sia-sia, cukuplah hanya membawa tuala berukuran kecil. Sementara, jika menginap di hotel atau penginapan, tidak perlu membawa tuala kerana sudah disediakan.

2. Kelengkapan mandi

Membawa kelengkapan mandi dalam jumlah kecil dan sesuai dengan keperluan. Misalnya, membeli shampu dan kondisioner botol kecil, begitu juga pelembab dan krim pelindung UV. Membawa kelengkapan botol kecil, bagasi menjadi lebih ringan.

3. Lebih dari tiga pasang kasut

Bawa kasut sesuai keperluan dan tujuan, kerana membawa dalam jumlah banyak hanya memberatkan lagi bagasi. Usahakan tidak membawa lebih dari tiga kasut dalam bagasi.

4. Pengering rambut

Pengering rambut merupakan barang yang tidak perlu dibawa ketika bercuti. Bila menginap di hotel atau penginapan biasanya pengering rambut disediakan.

5. Tidak membawa gajet lebih dari satu

Bawalah smartphone sebagai teman terbaik ketika perjalanan untuk peta, perhubungan dan kamera. Namun, satu gajet ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan anda. Jangan sampai terlalu sibuk bermain gajet, kerana hilang keseronokan bercuti.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info