AA's blog

Adrina Adie

Resepi Sup Ketam Nipah Buat Penawar Demam Denggi


Bahan-bahan:


  • Ketam nipah (dibersihkan)
  • 1/2 inci halia (dikisar/diketuk)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1/2 bawang besar (dihiris)
  • Sedikit lada putih (dikisar-tak letak pun tak mengapa)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:


  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan semua bahan kisar sehingga garing.
  • Kemudian masukkan air biarkan memdidih seketika.
  • Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.
  • Kemudian tambahkan air lagi sehingga ketam-ketam tu tenggelam. (kuah boleh diperlebihkan untuk dihirup).
  • Kemudian masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan biarkan mendidih dan biarkan kulit ketam bertukar warna menjadi kemerahan sehingga masak menyeluruh. Bila dah masak boleh la padamkan api.
  • Semasa dihidang, taburkan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Selamat mencuba !

Resepi Lain
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info