AA's blog

Adrina Adie

I-Sajadah bantu kiraan rakaat dalam solat


Mereka yang menghadapi masalah sering terlupa kiraan rakaat sama ada dalam solat fardhu atau yang biasanya ketika melakukan solat tarawikh sendirian, kini boleh menarik nafas lega. Inovasi terbaharu rekaan dua pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ini mungkin boleh membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Rekaan ini diberi nama I-Sajadah dan direka untuk membantu masalah kiraan rakaat selain diharap dapat membantu memberi kualiti pada solat bagi golongan yang tertentu, seperti orang tua yang mempunyai masalah ingatan.

Sejadah pintar itu dibahagikan kepada tiga bahagian; bahagian kepala, lutut dan kaki.

Setiap bahagian dilengkapi dengan silicone rubber key yang mengandungi pengesan.

Sejadah ini datang dengan tiga komponen utama iaitu Bahagian Paparan, Pengawal Mikro (Microcontroller) dan Gelang Isyarat Rakaat.

I-SAJADAH
Nombor rakaat akan tertulis pada Bahagian Paparan sekiranya diperlukan

Pengesan pada bahagian kaki akan membantu mengaktifkan kiraan rakaat. Seandainya terlupa, pengguna hanya perlu mengangkat kaki kanan sedikit dan Bahagian Paparan akan menunjukkan kiraan rakaat selama lima saat.

I-Sajadah merupakan salah satu rekaan inovasi yang dipertandingkan dalam Pertandingan DreamCatcher 2015.


 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info