AA's blog

Adrina Adie

FGV tiba-tiba jadi saham paling untung?


Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) muncul sebagai kaunter paling untung dalam kalangan saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia hari ini susulan laporan rancangannya untuk mengumpul lebih RM1 bilion daripada jualan aset bukan teras.

Langkah syarikat komoditi berasaskan tani dan pertanian global itu bertujuan membolehkannya menumpukan kepada perladangan bagi memulih kembali keyakinan pelabur yang terjejas berikutan pembelian baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Emir Bavani Abdullah berkata syarikat itu berkemungkinan menjual perniagaan tidak menguntungkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada harga antara US$180 juta (RM685.5 juta) dan US$250 juta bulan ini.

Pada 10.22 pagi, saham FGV meningkat satu sen kepada RM1.56 dengan 652,500 unit bertukar tangan.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info