AA's blog

Adrina Adie

Sultan Kelantan sokong pelaksanaan hudud di Kelantan


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah semasa merasmikan Majlis Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kelantan Ke-13 di Kota Bharu. 

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Perkara tersebut dinyatakan baginda ketika bertitah dalam ucapan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri (DUN) Kelantan  ke-13.

"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-Allah," titah baginda.

Kerajaan negeri Kelantan dijangka membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan DUN, Rabu ini.

Persidangan DUN Kelantan bermula hari ini hingga Khamis selepas ditangguhkan pada 29 Disember tahun lepas berikutan banjir besar yang melanda negeri ini.

Kemelut di antara PAS dan DAP berlaku setelah Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta parti itu mempertimbangkan semula pindaan itu.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info