AA's blog

Adrina Adie

Pelajar perempuan UiTM dikelar teman lelaki di Ipoh


Seorang pelajar perempuan UiTM di Pulau Pinang maut akibat dikelar teman lelakinya di dalam kereta di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Bukit Gantang hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku selepas pasangan itu bertengkar.

“Siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah mental. Polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang di bawah bukit di tepi lebuh raya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut saksi kejadian, Md IKhbal B Ahmad, mangsa dilihat telah keluar daripada kereta melalui pintu pemandu dan jatuh ke atas jalan dengan seorang lelaki keluar daripada kereta sambil menarik mangsa ke tepi.

“Selepas menyedari kehadiran saksi dan orang ramai yang berhenti untuk membantu suspek tersebut telah cuba melarikan diri masuk ke dalam hutan.

“Semasa mendekati mangsa saya telah melihat ada kesan kerah pada lehernya dan tiba-tiba suspek muncul kembali untuk mendapatkan telefon bimbit yang ada di dalam kereta.

Suspek telah berkata minta maaf dia telah buat silap dan juga berkaka dia tak mampus lagi ke ?!’,” cerita saksi.

Menyedari kehadiran kembali suspek orang ramai telah menangkapnya dan menyerahkannya kepada pihak polis.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dengan ambulan pukul 2.00 petang dan disahkan meninggal di Hospital.

Menurut jurucakap pihak polis ASP Rahimi B Abdul Rahman, siasatan awal, suspek, Syarafi B Abu, 24, yang bekerja sebagai tukang masak di Melaka dikatakan mempunyai masalah mental dan juga merupakan teman lelaki mangsa.

Pihak polis menemui sebilah pisau lipat yang digunakan suspek telah dibuang di bawah bukit tepi lebuhraya.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang boleh dijatuhkan hukuman hukuman gantung sehingga mati mandatori



 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info