AA's blog

Adrina Adie

Damailah Engkau Di Sana


Ya Allah, 

Engkau terimalah kembali hambaMu, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat... ulamak yang kami sayangi dengan rahmatMu. Ampunkanlah segala salah dan dosanya, rahmatilah Rohnya. Berilah kepadanya balasan yang baik kerana jasanya mendidik dan memimpin kami tiada bandingannya.

Ya Allah... Engkau kurniakanlah kepadanya keberkatan dan permudahlanlah segala urusan kematiannya. Berilah ketabahan kepada isteri dan ahli-ahli keluarganya. Engkau berikanlah kepadanya tempat tinggal dan ahli yang lebih baik di alam barzakh sana. 

Ya Allah... Berilah kepadanya dan kepada kami pengampunan. Sesungguhnya kami kehilangan seorang ulum amri yang telah banyak berkorban dan berjasa kepada kami. Maka gantilah kepada kami orang yang selayaknya untuk memimpin kami dan berilah kepada kami kekuatan, kesabaran dan kelapangan hati untuk mengikuti kepimpinannya kelak.

Amin.
 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info