AA's blog

Adrina Adie

Punca Sebenar Banjir Besar 26 Disember 2014



A group of experts has been assembled to undertake the mapping of the flood,re-constructing the flood model and to assess the extent of the damage. From this study,then only we can identify the causes of the flood.The figures I gave are for public consumption relating to the intensity of the rainfall at selected stations and the flood levels. For those who wish to do more rigorous data analysis and comparison,please proceed on your own.

Berdasarkan maklumat taburan hujan yang dikumpul, punca sebenar banjir adalah kerana hujan banyak. Data-data ini menolak mentah-mentah teori awal Ahli Politik Muda yang menunding jari pada kawasan pembalakkan di Kelantan. Hujan luar biasa yang turun turut menyebabkan banjir negeri-negeri lain. Adakah pembalakan di Kelantan menyumbang banjir di Terengganu, Perak, Pahang, Johor wahai ahli politik ? Selidik dulu verbal information before you post it in your Facebook account. Whatever you say, will represent your organization .


Cukup-cukup lah berdebat orang politik yang suka menunding jari sebelum kajian dilakukan. Adakah pada tahun 1967: paras air di Sg. Tualang, Kuala Krai naik 38.51 meter, juga disebabkan oleh kerja pembalakkan di Lojing ke wahai ahli politik ? Usah ditegak benang yang basah.

Tuduhan tidak berasas tanpa fakta itu bakal menjadi fitnah dan viral dikalangan rakyat jelata. Insaflah ahli politik. Terima lah hakikat, bahawa punca sebenar adalah kerana statistik taburan hujan yang amat-amat luar biasa. Taburan hujan di Gunung Gagau 2014 adalah 5 kali lebih banyak berbanding pada tahun 1967.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'full moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.

"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya

Kita berharap agar, kajian yang lebih terperinci dari EIA (Environmental Impact Assessment) dapat lakukan. Lebih baik kita menunggu laporan dari pakar EIA daripada membaca tuduhan para polikus yang berkepentingan.



 
Copyright © 2006 AA's blog - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info